Latest from the journal

Kembara Ke Dunia Semut

Majalah Pendidik keluaran November/ Disember 2009

Tahukah adik-adik tentang kebesaran Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di dunia? Tentu adik-adik tertanya-tanya siapa itu semut sebenarnya. Untuk pengetahuan adik-adik, semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara bermasyarakat. Cuba adik-adik perhatikan. Apabila semut berjalan, semut akan berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak membezakan antara yang kaya dan miskin. Sebagai contoh mari kita lihat kehidupan semut Formica Yesensis, yang hidup di pantai Ishikari, Afrika. Masyarakat semut ini tinggal di 45,000 sarang yang saling berhubung di wilayah seluas 2.7 kilometer persegi. Masyarakat yang memiliki sekitar 1 080 000 ratu dan 306 000 000 pekerja ini dinamakan sebagai “masyarakat super’’ oleh para pengkaji. Para pengkaji mendapati bahawa semua alat produksi dan makanan ditukar dalam masyarakat semut secara teratur tanpa sebarang masalah dalam tempat yang sedemikian luas.

Ratu semut ditugaskan untuk meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur. Dalam sesebuah masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu. Tubuh ratu lebih besar dari tubuh semut yang lain. Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan sang ratu. Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.

Sang semut juga memiliki disiplin yang sangat mirip dengan ketenteraan. Namun, dalam ketenteraan semut, tidak mempunyai sang perwira tetapi mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna. Cuba adik-adik fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin sedangkan golongan serangga ini tidak dikurniakan akal fikiran seperti kita manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan kepada mereka. Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.

Misalnya semut penjaga pintu. Untuk pengetahuan adik-adik, sarang semut dihubung-kan dengan dunia luar melalui lubang kecil yang hanya berukuran seperti saiz seekor semut. Untuk melalui lubang ini setiap semut perlu meminta izin daripada semut yang bertugas sebagai penjaga pintu. Penjaga pintu bertugas menutup pintu dengan kepalanya yang sesuai dengan lubang masuk. Lebih menarik, warna kepalanya sama dengan warna kulit pohon dimana sarang itu berada. Semut yang dipertanggungjawabkan menjaga pintu akan duduk berjam-jam di lubang masuk dan hanya membenarkan semut-semut dalam masyarakatnya sahaja untuk melalui pintu itu.

Istimewanya sang semut adalah kerana persahabatan yang murni antara mereka. Golongan serangga ini sanggup berkorban apa sahaja. Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut, semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Apabila masyarakat berlebihan makanan, mereka akan ber-tukar menjadi semut pekerja. Ini adalah satu pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pergorbanan yang boleh dilakukan oleh manusia.

Semut sanggup memberi segala milik mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup, sedangkan di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan makanan secukupnya.

Firman Allah SWT, “Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (an-Naml : 18 )

Semut juga merupakan makhluk yang sungguh luar biasa. Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa. Semut mempunyai kaedah komunikasi yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka. Ia digunakan pada setiap ketika. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tiga milimeter tubuh mereka. Oleh itu, adik-adik perlu tahu bahawa sekecil-kecil serangga ini, ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya.
Adik-adik perlu menjadi seperti semut, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna. Semoga adik-adik menjadi seorang kanak-kanak yang kecil fizikal tapi besar mentalnya.

Subhanallah..terjumpa lagu baru lagi..berbunga-bunga sangat hati dan terasa "BEBAS" terlalu besar kebebasan yang ISLAM hadirkan dalam hidup ini..Subhanallah ..alhamdulillah.ingin ku kongsikan lagu kebebasan ini pada semua "FREEDOM" dari Maher Zain .. Sama-sama berusaha untuk "Membebaskan Palestin, moga ia juga menjadi doa dan peniup semangat kepada tentera Allah untuk berjuang mendapatkan Hak Islam..  moga kita semua juga bebas dari "Jahiliyah" yakni..jahil unuk membezakan yang mana batil dan hak..baik dan buruk....Jom kita Sayang Allah  n_n...

..Freedom..

Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there

Oh God thank you
For giving us the strength to hold on
And now we're here together

Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out load demanding their right for freedom
This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call

And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call ooh
We're calling for freedom, calling for freedom
We know you won’t let us fall oh
We know you're here with us

Lirik Lagu ; Kerana Doa - Nowseeheart

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ni saya nak kongsi lirik lagu terbaru dari kumpulan Nowseeheart(er baru tak baru la..saya yang baru jumpa hari ni) heee . Nowseeheart yang dulu popular dengan lagu-lagu seperti Damai Yang Hilang dan Inspirasi kembali aktif. 

Lagu bertajuk "Kerana Doa" ini adalah salah satu lagu terbaru Nowseeheart. Lagu ini dimuatkan dalam album kompilasi "12 Cinta: Cinta Ilahi Cinta Insani" keluaran Arteffects (syarikat Hafiz Hamidun).






Kerana Doa

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan





















Semoga terhibur n_n

Alhamdulillah, pertemuan di Vista hari ini diselitkan dengan mentadabbur serta membincangkan tafsir surah Al- Qaariah (mukasurat- 600)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. الْقَارِعَةُ Hari Kiamat,
  2. مَا الْقَارِعَةُ apakah hari Kiamat itu?
  3. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
  4. يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ Pada hari itu manusia seperti anai-anai/kelkatu yang bertebaran,
  5. وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
  6. فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan) nya,
  7. فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.
  8. وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya,
  9. فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
  10. وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?
  11. نَارٌ حَامِيَةٌ (iaitu) api yang sangat panas.

Menyuruti gambaran peristiwa hari kiamat memang ngeri dan penuh kebimbangan.  Surah ini  tergolong dalam surah Makkiyah dan diturunkan sesudah Surah QuraisySecara umum surah-surah Makkiyah menceritakan ayat-ayat yang membicarakan soal aqidah. Kutukan yang sangat keras telah diberikan kepada orang-orang yang berbuat dosa serta kurang amal baiknya..

3 Keaadaan dimana kita hanya mengingati diri kita sendiri sahaja..

1. Saat amal di timbang - adakah amal baik itu lebih berat dari amal buruk atau sebaliknya

2. Saat buku amalan kita berterbangan dan kita terlalu sibuk dan risau dimanakah ianya akan jatuh. Adakah disebelah kanan/kiri/bawah/ belakang.

3. Saat meniti siratan mustaqim

Para Penderhaka balik ke pangkuan "ibu mereka" iaitu Neraka Hawiyah. Kenapa neraka Hawiyah itu diumpamakan sebagai "Ibu" kepada para penderhaka??? Ibu disini membawa erti sebagai 'Pusat', ' Sumber' atau 'Punca'..pati kepada kejahatan..berkumpul dan terkumpul semua penderhaka ditempat yang gelap segelap-gelapnya, yang hitam sehitam-hitamnya dan busuk sebusuk-busuknya..SungguhNYA ALLAH Maha Mengetahui..Tiada kuasa setandingNYA dan DIA juga Maha Adil seadil-adilnya...

Beruntunglah mereka diumumkan  empunya amal baik yang banyak, bolehla bersenang lenang dan berehat setelah berpenat lelah di dunia fana.

Bankruplah mereka yang diumumkan empunya amal buruk yang lebih banyak dari amal baik..mahupun punya amal baik tapi sia-sia kerana mereka lupakan Allah...berkumpullah mereka dipangkuan 'Ibu Mereka' yakni 'Neraka Hawiyah' yang terlalu panas yang meluluhkan daging-daging di tubuh.

Yahayyu YaQayyum..Birahmatika Astaghis"  - 

Semoga Hidup dan Mati kita diberi Rahmat oleh Allah Taala..amin








Indahnya ia....indahkan ia

YA ALLAH 
Indahkanlah jiwakui dengan kesederhanaan
Indahkanlah ragaku dengan menampakkan nikmat-MU 

Indahkanlah akalkul dengan ilmu yang bermanfaat 
Aku mencintainya, tanpa melihat kata "SEMPURNA" . .
Aku mencintainya dengan segala kesabaran dan keikhlasan hatiku . .
Aku mencintainya dengan melihat agamanya, bukan fisikalnya ..tapi belum saat untuk membalas cintanya

.....kerana itu tak terlafaz dengan kata..xterluah apa yang dihati...
kuserah pada ILAHI..untuk dia memahami...tapi ujian mendatang...dia pergi kerana tidak mengerti....
Ampuni diriku YA Allah atas segala Khilaf dan salah ku..mungkin usahaku masih bukan yang terbaik..aku redha YA ALLAH..
cintaiku xseberapa jika dibandingkan dengan hamba-hambaMu yang lain....tapi Ya Allah..aku benar-benar mohon dariMU..
Mohon DiriMU  untuk MEncintai diriku yang penuh kekurangan ini..Hanya KAU Yang MAHA Memahami apa yang tersirat dan tersurat.... 
hati terubat..kerana aku amat mencintaiMU...

Assalamualaikum

Assalamualaikum..


Al-Hamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan izin-Nya dapat juga saya memiliki blog sendiri "Yeeeeyy!!" (^_^). Terlalu lama bertangguh untuk belajar membuat sebuah blog...terima kasih buat adikku Ayu "Toyu" yang xlokek berkongsi ilmu..Semoga Allah meRahmati mu n_n . Saya berharap agar Allah S.W.T membantu diri ini menfaatkan peluang dan ruang yang ada untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan sulaman kasih buat semua yang disekelilingku...Mahabbah Fillah..Go Go Ciayooo!! Fighting Eja !!!

Hidup & Matiku Hanya UtkMu Ya Allah


Bintang Merah