Lirik Lagu ; Kerana Doa - Nowseeheart

Assalamualaikum & Salam Sejahtera



Hari ni saya nak kongsi lirik lagu terbaru dari kumpulan Nowseeheart(er baru tak baru la..saya yang baru jumpa hari ni) heee . Nowseeheart yang dulu popular dengan lagu-lagu seperti Damai Yang Hilang dan Inspirasi kembali aktif. 

Lagu bertajuk "Kerana Doa" ini adalah salah satu lagu terbaru Nowseeheart. Lagu ini dimuatkan dalam album kompilasi "12 Cinta: Cinta Ilahi Cinta Insani" keluaran Arteffects (syarikat Hafiz Hamidun).






Kerana Doa

Melangkah jauh tanpa arah dan tujuan
Bumi nan subur ini kurasakan gersang
Di dalam terang kegelapan
Seakan ku hanyut di daratan
Ku ingin pulang ke pangkalan

Pabila mata hati dan minda terbuka
Bertandang keyakinan terhakis curiga
Putaran masa pasti menemukan
Jarak dan ruang bukan sempadan
Tuhanku teramat penyayang

Aku tahu
Kau selalu bersamaku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan

Ku percaya
Kerana doa bertitian tiap waktu
Dengan izinMu
Ku kembali ke pangkalanku

Tak sesaat Kau biarku keseorangan
Tak sesaat pintaku jadi bebanan
Ku percaya diri ini memerlukan
Ku percaya doaku yang mengeratkan





















Semoga terhibur n_n



Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer