Alhamdulillah, pertemuan di Vista hari ini diselitkan dengan mentadabbur serta membincangkan tafsir surah Al- Qaariah (mukasurat- 600)

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم:
 Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. الْقَارِعَةُ Hari Kiamat,
  2. مَا الْقَارِعَةُ apakah hari Kiamat itu?
  3. وَمَا أَدْرَاكَ مَا الْقَارِعَةُ Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu?
  4. يَوْمَ يَكُونُ النَّاسُ كَالْفَرَاشِ الْمَبْثُوثِ Pada hari itu manusia seperti anai-anai/kelkatu yang bertebaran,
  5. وَتَكُونُ الْجِبَالُ كَالْعِهْنِ الْمَنْفُوشِ dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan.
  6. فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan) nya,
  7. فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan.
  8. وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya,
  9. فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah.
  10. وَمَا أَدْرَاكَ مَا هِيَهْ Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu?
  11. نَارٌ حَامِيَةٌ (iaitu) api yang sangat panas.

Menyuruti gambaran peristiwa hari kiamat memang ngeri dan penuh kebimbangan.  Surah ini  tergolong dalam surah Makkiyah dan diturunkan sesudah Surah QuraisySecara umum surah-surah Makkiyah menceritakan ayat-ayat yang membicarakan soal aqidah. Kutukan yang sangat keras telah diberikan kepada orang-orang yang berbuat dosa serta kurang amal baiknya..

3 Keaadaan dimana kita hanya mengingati diri kita sendiri sahaja..

1. Saat amal di timbang - adakah amal baik itu lebih berat dari amal buruk atau sebaliknya

2. Saat buku amalan kita berterbangan dan kita terlalu sibuk dan risau dimanakah ianya akan jatuh. Adakah disebelah kanan/kiri/bawah/ belakang.

3. Saat meniti siratan mustaqim

Para Penderhaka balik ke pangkuan "ibu mereka" iaitu Neraka Hawiyah. Kenapa neraka Hawiyah itu diumpamakan sebagai "Ibu" kepada para penderhaka??? Ibu disini membawa erti sebagai 'Pusat', ' Sumber' atau 'Punca'..pati kepada kejahatan..berkumpul dan terkumpul semua penderhaka ditempat yang gelap segelap-gelapnya, yang hitam sehitam-hitamnya dan busuk sebusuk-busuknya..SungguhNYA ALLAH Maha Mengetahui..Tiada kuasa setandingNYA dan DIA juga Maha Adil seadil-adilnya...

Beruntunglah mereka diumumkan  empunya amal baik yang banyak, bolehla bersenang lenang dan berehat setelah berpenat lelah di dunia fana.

Bankruplah mereka yang diumumkan empunya amal buruk yang lebih banyak dari amal baik..mahupun punya amal baik tapi sia-sia kerana mereka lupakan Allah...berkumpullah mereka dipangkuan 'Ibu Mereka' yakni 'Neraka Hawiyah' yang terlalu panas yang meluluhkan daging-daging di tubuh.

Yahayyu YaQayyum..Birahmatika Astaghis"  - 

Semoga Hidup dan Mati kita diberi Rahmat oleh Allah Taala..amin










Free Template Blogger collection template Hot Deals BERITA_wongANteng SEO theproperty-developer